Sunday, November 15, 2009

Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM)

Pengenalan | Kelayakan dan Syarat-Syarat | Proses Permohonan | Borang Muat Turun | Soalan-Soalan Lazim

Pengenalan

Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 3,000 seorang dan umur kelayakan adalah 18 tahun hingga 40 tahun.



Kelayakan dan Syarat-Syarat

i)
Warganegara Malaysia.
ii)
Berumur antara 18 hingga 40 tahun.
iii)

Keutamaan diberikan kepada ahli persatuan belia.

iv)
Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan atau usaha tani.
v)

Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi. (Hendaklah dibuktikan dengan sijil-sijil penyertaan kursus kemahiran berkenaan dari Institusi-Institusi Latihan yang diiktiraf)

vi) Perniagaan hendaklah memilik premis atau tapak projek yang dibenarkan oleh undang-undang. Kebenaran pihak berkuasa berkenaan hendaklah diperolehi secara bertulis.
vii) Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau dengan Pihak Berkuasa Tempatan.
viii)

Tempoh pendaftaran masih sah laku dan tidak melebihi 24 bulan dari tarikh pendaftaran pertama pada tarikh mengemukakan permohonan PBUM ini.

ix)

Jumlah modal perniagaan hendaklah tidak melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja) pada permohonan PBUM dikemukakan.

x) Permohonan adalah untuk pembiayaan pembelian peralatan perniagaan dan modal pusingan bagi barangan jualan BUKAN untuk peralatan kekal seperti KOMPUTER RIBA, Mesin Cash Deposit dan lain-lain yang tidak ada kaitan dengan projek


Proses Permohonan
i)

Mengisi borang KBS/PPM 001-2006 Pindaan 2/2009 yang juga boleh di muat turun dan di cetak melalui laman sesawang http://www.mpeb.gov.my . Memenuhi semua ruang maklumat dan ulasan sokongan Ahli Parlimen/ ADUN/ Pemimpin Masyarakat.

ii)

Borang yang lengkap akan dimajukan kepada Jabatan Belia dan Sukan Negeri melalui Pejabat Belia dan Sukan Bahagian/Daerah/Jajahan dimana projek tersebut beroperasi.

iii)

Pegawai Belia dan Sukan Bahagian/Daerah/Jajahan membuat melawat dan menurunkan ulasan dan menurunkan tandatangan dan cap rasmi jawatan.

iv)

Pegawai Pembangunan Ekonomi Negeri membuat ulasan dan tandatangan dan cap rasmi jawatan.

v)

Mesyuarat Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda. (PBUM)

vi) Jawatankuasa Program Bimbingan Usahawan Muda adalah terdiri daripada :-
- Pengarah Negeri / wakil
- Pengarah (PE) / Wakil
- Penolong Pengarah Negeri Bahagian Belia
- Setiausaha (Pegawai Ekonomi Negeri)
- Ketua Kerani / Wakil

Soalan-Soalan Lazim

i)
Soalan 1

Apa itu Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM)

Jawapan 1

Program Bimbingan Usahawan Muda (PBUM) ialah satu skim bantuan modal kepada usahawan-usahawan muda yang telah dan ingin memajukan diri dalam perniagaan.

ii) Soalan 2

Siapa yang layak menerima bantuan di bawah skim ini?

Jawapan 2
Warganegara Malaysia yang berumur antara 18 tahun hingga 40 tahun. Telah dan akan memulakan perniagaan.
iii) Soalan 3

Berapa had bantuan?

Jawapan 3

Bantuan sebanyak RM3,000.00

iv) Soalan 4

Bentuk bantuan yang macam mana?

Jawapan 4
Dalam bentuk barangan keperluan berdasarkan permohonan yang dikemukakan melalui borang KBS/PPM 001-2006 pindaan 2/2009 yang boleh dicetak melalui portal ini.
v) Soalan 5

Bagaimana nak dapatkan bantuan dan kemana hendak di hantar permohonan ini?

Jawapan 5

Dapatklan borang permohonan di laman web ini. Isi borang permohonan dengan memenuhkan semua ruangan yang di sediakan dan kepilkan bersama dokumen sokongan seperti salinan kad pengenalan yang disahkan, salinan-salinan sijil kemahiran yang berkaitan dengan projek yang dinyatakan, salinan pendaftaran perniagaan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau dengan Pihak Berkuasa Tempatan Sebutharga bagi barangan yang dipohon pembiayaan dari pembekal yang sah serta salinan fotocopi penyata akaun syarikat pembekal dan penyata akaun pemohon yang disahkan.

Dapatkan tandatangan , ulasan sokongan dan cap rasmi dari Ahli Parlimen/ Ahli Dewan Undangan Negeri/ Pemimpin Masyarakat di kawasan dimana projek tersebut beroperasi.

antarkan borang permohonan yang lengkap diisi bersama dengan dokumen sokongan kepada PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH/ KAWASAN/ BAHAGIAN/ JAJAHAN yang berhampiran dengan tempat projek tersebut b eroperasi dan Pegawai Belia dan Sukan Daerah/ Kawasan/ Bahagian/ Jajahan berkenaan akan menghantar permohonan tersebut ke Jabatan Belia dan Sukan Negeri. JANGAN HANTAR PERMOHONAN KE KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN DI PUTRAJAYA.

vi) Soalan 6

Bentuk perniagaan yang bagaimana yang diberikan bantuan?

Jawapan 6

Semua jenis perniagaan yang dibenarkan oleh undang-undang negara dan tidak menyalahi Syariat dan hukum Islam. Perniagaan atau usaha tani tersebut hendaklah dijalankan di premis dan/atau tapak tanah yang dibenarkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan secara bertulis. Syarikat yang layak untuk PBUM ini ialah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pihak Berkuasa Tempat an (PBT) dan tidak melebihi 24 bulan dari tarikh mula mendapat pada tarikh permohonan dikemukakan. Pendaftaran syarikat/perniagaan hendaklah masih sah laku pada hari pendaftaran dikemukakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 6 bulan sebelum tarikh tamat pendaftaran.

Modal syarikat hendaklah tidak melebih RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja). Syarikat yang memiliki modal melebihi RM10,000.00 dinasihatkan mendapatkan kemudahan pembiayaan pinjaman perniagaan melalui Skim Tabung Ekonomi Belia (STEB).

Syarikat yang didaftarkan atas nama Sendirian Berhad (SDN. BHD.) tidak layak mendapat kemudahan ini.

vii) Soalan 7
Skim ini untuk bumiputra sahajakah?
Jawapan 7
Tidak. Skim ini terbuka untuk semua warganegara Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan warna kulit yang berumur 18 tahun hingga 40 tahun.

3 comments:

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  2. Halo,
    Ini adalah untuk memberitahu orang ramai bahawa Puan Henrietta Fernando, pemberi pinjaman pinjaman swasta telah membuka peluang kewangan kepada sesiapa yang memerlukan sebarang bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 2% untuk individu, syarikat dan syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan difahami. Hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (henriettafernandoloanfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. We offer personal Business loans services around the world. We strive to provide high quality service and high customer satisfaction, while possible financial services. We pride ourselves on our commitment to our customers; We can give you personal loans, auto loans, business / investment loans, short term loans. You can contact us for an affordable loan now at 2% interest rate. Contact us now via E-mail: abdullahibrahimlender@gmail.com
    WhatsApp Number +918929490461
    Mr Abdullah Ibrahim

    ReplyDelete