| Pengenalan | Kelayakan dan Syarat-Syarat | Proses Permohonan | Borang Muat Turun | Soalan-Soalan Lazim | |
| Pengenalan | |
Program Bimbingan Usahawan Muda(PBUM) adalah salah satu Program Belia Niaga khusus untuk belia yang ingin memulakan dan mengembangkan perniagaan. Belia yang berhasrat untuk memulakan perniagaan akan diberi bantuan insentif tidak melebihi RM 3,000 seorang dan umur kelayakan adalah 18 tahun hingga 40 tahun. | |
| Kelayakan dan Syarat-Syarat |
| i) | Warganegara Malaysia. |
| ii) | Berumur antara 18 hingga 40 tahun. |
| iii) | Keutamaan diberikan kepada ahli persatuan belia. |
| iv) | Untuk memulakan dan mengembangkan perniagaan atau usaha tani. |
| v) | Mempunyai kemahiran dalam bidang perniagaan yang diceburi. (Hendaklah dibuktikan dengan sijil-sijil penyertaan kursus kemahiran berkenaan dari Institusi-Institusi Latihan yang diiktiraf) |
| vi) | Perniagaan hendaklah memilik premis atau tapak projek yang dibenarkan oleh undang-undang. Kebenaran pihak berkuasa berkenaan hendaklah diperolehi secara bertulis. |
| vii) | Perniagaan hendaklah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia atau dengan Pihak Berkuasa Tempatan. |
| viii) | Tempoh pendaftaran masih sah laku dan tidak melebihi 24 bulan dari tarikh pendaftaran pertama pada tarikh mengemukakan permohonan PBUM ini. |
| ix) | Jumlah modal perniagaan hendaklah tidak melebihi RM10,000.00 (Ringgit Malaysia: Sepuluh Ribu Sahaja) pada permohonan PBUM dikemukakan. |
| x) | Permohonan adalah untuk pembiayaan pembelian peralatan perniagaan dan modal pusingan bagi barangan jualan BUKAN untuk peralatan kekal seperti KOMPUTER RIBA, Mesin Cash Deposit dan lain-lain yang tidak ada kaitan dengan projek |
| Proses Permohonan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Soalan-Soalan Lazim | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||